Video presentation MPT 1393




" Mari menghayati Video ini "
Ayat yang di ambil daripada empunye video ini ~ Dr.Jamalludin

"2/5/2011 - Kisah seorang pensyarah yang "didera" oleh pelajarnya...terpaksa datang bekerja di kala semua orang sibuk bercuti sempena Hari Pekerja. Kesian sungguh...pelajar...ehh maksud saya..kesian sungguh pensyarah itu.."


hahaha.. video ni terbaek la.. welldone!!!...



Nota Kaki : terima kasih buat rakan-rakan dan lecturer.. korang2 mmg best la.. Semoga apa yang kita belajar ni akan di praktikkan pada masa akan datang... & semoga subjek ni kita semua dapat A+ .. hihihii.. tq again....

LAPORAN LAWAN WEB KAMI


::MAKLUMAT RINGKAS PROJEK LAMAN WEB ::

Nama Matapelajaran : WEB-BASED MULTIMEDIA DEVELOPMENT (MPT 1393) - 01
Tajuk Projek : PEMBANGUNAN LAMAN WEB LENSA DSLR BERTERASKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL)
Kursus : SARJANA TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Ahli Kumpulan :
1. SITI HAJAR BT MOHAMAD SAMSUDIN MP101149
2. NORIHAN BT HAMZAH MP101275
3. NUR LIDIANA EDYANTI BT MOHD ESA MP101278



PAPARAN ANTARAMUKA UTAMA



Mengandungi keterangan secara ringkas mengenai laman web yang dibangunkan. Daripada paparan utama ini, pengguna dapat membuat kesimpulan umum mengenai apa yang ingin disampaikan oleh pembangun laman web ini. Isi kandungan yang terkandung di dalam laman web ini telah dinyatakan dengan jelas agar pengguna dapat mempelajari kemahiran dalam menggunakan salah satu komponen DSLR dengan lebih mahir dan betul.



PAPARAN ANTARAMUKA TOPIK



Di dalam paparan halaman ini, pembangun telah menekankan aspek isi kandungan maklumat dengan lebih jelas dan mendalam mengenai lensa DSLR. Terdapat lima cabang menu yang dipaparkan disebelah kanan laman web ini iaitu pengenalan lensa, spesifikasi lensa, jarak fokus lensa, jenis-jenis lensa dan juga tips memilih lensa DSLR. Kesemua maklumat dan info yang terkandung di dalam laman web ini adalah tertumpu kepada kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Dengan menggunakan kaedah ini, para pengguna dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka mengenai lensa serta menambah baik pengetahuan mereka mengenai lensa DSLR ini. Kelima-lima bahagian menu yang dipaparkan disebelah kanan pengguna terkandung dengan pelbagai jenis aktiviti yang terdiri daripada multiple question and answer set, jigsaw puzzle set, fill in the blank, dan pilihan jawapan.



PAPARAN ANTARAMUKA GALERI


Halaman ini mengandungi beberapa jenis gambar yang tercantik yang diambil oleh kamera DSLR. Spesifikasi berkaitan dengan jarak fokus juga turut disertakan didalam setiap perincian setiap gambar ini. Terdapat dua halaman untuk bahagian spesifikasi ini. Pelbagai jenis situasi gambar yang cantik dan boleh dijadikan contoh untuk pengguna.



PAPARAN ANTARAMUKA MENGENAI KAMI


Halaman ini mengandungi kenyataan dan penerangan terperinci mengenai syarikat kami. Terdapat susur galur eksekutif syarikat yang turut dimuatkan bersama-sama dari CEO, CMO dan CFO . Paparan buletin semasa turut tersedia di dalam halaman yang sama yang diletakkan disebelah kanan paparan antaramuka ini.


PAPARAN ANTARAMUKA HUBUNGI KAMI


Di dalam paparan antaramuka ini, telah dimuatkan ruangan untuk pengguna menghantar respon dan juga komentar mengenai laman web yang telah dibangunkan. Turut dimuatkan peta lokasi untuk ke syarikat kami juga turut dimuatkan. Segala maklumat penting pembangun seperti nombor telefon, email, dan alamat turut disertakan bagi memudahkan para pengguna laman web ini dapat menghubungi kami untuk merujuk dan menyemak setiap keterangan dan maklumat yang telah diberi oleh kami melalui laman web ini.




PAPARAN ANTARAMUKA SOALAN - TOPIK (Hot Potato )
Contoh-contoh soalan iaitu berteraskan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)




Nota Kaki : Alhamdulillah.. semuanya telah berjaya di siapkan pada masa yang telah di tetapkan. Dan pembentangan projek juga berjalan Lancar. Terima kasih buat ahli kumpulan , rakan sekelas dan paling tak lupa buat Dr.Jamalludin atas segala tnjuk ajar dan mengajar dalam subjek ini.. tq again :)

TESTING & EVALUATION





TESTING

Self testing = to ensure the functionality of the following features and elements:
- Page display
- Image display7
- Navigation elements
- Interactive & dynamic elements
- Internal links
- External links

*** After conducting the self-testing, correct any identified problems.


Group testing = Involves recruiting a small group of people representative of your audience to test your website.
- give you better ideas of how your audience will respond to your website.

***After observing the testing, ask the individuals to express their candid opinions about their experience: Ask questions such as:
- Did they find the website interesting and easy to use?
- What helped or hampered navigation?
- What kind of problems and obstacles do they face?
- What could improve the website?
- What should be added or deleted?



Alpha testing
= Testing a software/website product which is not the final version. This website does not have to necessarily contain the full functionality required for a website however core functionality to accept input an generate output is required.

Beta testing
= Beta Testing is last stage of testing where a product is sent outside the company or offer the product for free trial download/use.



EVALUATION

Penilaian laman web yang harus dilaksanakan untuk memastikan keberkesanan penyampaian dan isi kandungan yang dibina untuk pengguna bersesuaian dan bertepatan dengan kerangka fahaman pengguna. Selain itu, penilaian untuk pembangunan laman web ini dijalankan bagi meningkatkan keberkesanan dan kualiti pembangunan laman web ini. Dua kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai laman web ini adalah penilaian formatif dan penilaian sumatif.

i. Penilaian formatif
Untuk penilaian formatif, pembangun akan melaksanakan penilaian secara berterusan bermula daripada fasa analisis sehingga laman web ini berjaya dibangunkan. Kesilapan dan masalah yang dikenalpasti akan di perbaiki sebelum ke peringkat seterusnya.


ii. Penilaian sumatif
Penilaian sumatif akan dilaksanakan oleh pembangun kepada pengguna dengan cara mendapatkan respon dari pengguna dengan jawapan soal selidik di akhir penggunaan laman web ini. Biasanya penilaian sumatif dibuat oleh kumpulan sasaran dan maklum balas diterima secara on-line iaitu melalui email. Tujuan utama penilaian ini adalah untuk memperbaiki bahan pengajaran yang akan datang.



Nota kaki : Pengujian dan Penilaian sangat penting kerana dapat memastikan segala kesilapan dan kesalahan diperbetulkan sebelum website dilancarkan.. :)

Apa yang perlu kita ELAKKAN dalam pembangunan WEBSITE???






Sedikit Info yang berguna untuk membangunkan laman web (terutama Beginner)


1. Jangan gunakan semua huruf BESAR. Kalau untuk tajuk @ sesetengah perkataan yang nak di tonjolkan boleh la sikit2.

2. Gunakan taipografi jenis San Serif kerana ia adalah untuk online presentation (eg: Arial, Verdana etc.)

3. Jangan gunakan banyak sangat jenis tulisan. Memadai dua atau tiga. Supaya Nampak konsisten dan kemas.

4. Warna perlu lah sesuai, jangan melampau sangat. Elakkan menggunakan warna yang terlalu terang dan tidak sesuai dengan latar belakang (cth : hitam dan putih =ok, merah dan biru = xOK)


5. Elakkan dari menggunakan banyak warna untuk laman web (tema warna, layout dll)

6. Etc



*Next Entry : Web Testing & Evaluation


Nota kaki: jikalau laman web yang menyakitkan mata, pengguna tidak akan berminat dan sebelum sempat meneroka, mereka terlebih dahulu menekan symbol [X] .. ~

Information Design



Gambar kat atas ni pasal information design.
Sangat-sangat penting untuk di aplikasikan dalam Pembangunan Laman Web ok.
Anda boleh merujuk kat sini kalau nak tahu & ikut step by step.


Bende yang penting dalam 'Information design' ialah :

- Message = apa informasi yang kita nak share pada pengguna?
- Audience = pada siapa kita nak smpaikan ? cth: org tua, kanak2, remaja etc.
- Purpose = camne cara nak share???
- background = kene tau gak.. cth mcm kita agak audience tahu tentang topik yang kita bincangkan / pengguna paham la topik tu
- structured = how can message be organized effectively?


Dalam part interaction design , navigation sgt penting.
Navigation = menu2 yang ada untuk kegunaan pengguna.


5 soalan yang memang popular dikalangan pengguna laman web.

1. Where am I ? = user tahu ker tak page mana yang diorang berada
2. Where have I been? = dengan melihat pada coloration @ lebih senang nak tengok ialah apabila link yang ada telah berubah warna apabila kita telah klik pada sebelum nya berbanding link yang kita tidak klik.
3. Where can I go ? = let users know where they are in relation to the rest of the website.
4. How do I get there ? = provide consistent, easy to understand link
5. How do I get back to where I start? = alternative button untuk kembali ke HOMEpage @ starting point.


selain itu, cara nak tunjukkan @ nak bagi pengguna faham pasal menu (untuk menjawab all question above)

1. tuliskan tajuk pada setiap laman (page)
2. buat site map (xkisah lah direct link @ buat satu laman untuk site map pun boleh)
3. Topik path (breadcrumb links) cth : home > topik > tutorial 1
(pastikan ada link pada topik path untuk memudahkan penggunaan)



* Next entry pasal Learning Theory dalam pembangunan laman web.

Nota Kaki : Untuk membangunkan laman web, kita kena pandai tackle pengguna ok. jadi dengan 5 cara kat atas tu, kita dapat menarik perhatian pengguna. cuba elakkan hanya fokus pada kumpulan kecil sahaja, cuba untuk lebih meluas fokus audience nye, jadi ramai yg akan tertarik pada laman web kita ~ ann

Web Development Team





Entry ni pasal 'web development team' ...

kalau ikutkan dalam sesebuah pembangunan laman web. Memang kene ada TEAM supaya kerja membangunkan laman web lebih mudah dan senang.
Tapi biasa laaa.. semua tu kene la bergantung kepada besar kecik sesuatu projek.. dan juga besar kecik company tu sendiri. Kalau laa company kecik, xkan diorang nak hired ramai2 pekerja ye tak?? jadi sorang pekerja akan buat Tugas lebih daripada satu tugas @ jawatan yang kat gambar atas tuu..

Okeyy?? anda paham tak ni?? kalau tak paham.. sila la buat-buat paham yeaa…

Berbalik pada Laman Web (Projek kami).. kami hanya ada 3 orang sahaja ahli kumpulan. Jadi kalau ikutkan gambar kat atas, ada 5 Tugas a.k.a Jawatan yang harus dipegang.. jadi kene la share-share n buat double triple tugas yeaaa….



Senarai Tugas setiap ahli

(Kalau nak lagi jelas, klik pada gmbr :))


Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kesungguhan serta kerjasama dalam group kami dapat siapkan Projek “PEMBANGUNAN LAMAN WEB LENSA DSLR BERTERASKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL)” kami..

*** Tunggu Next entry utk review lebih pasal “Laman web” yeaa




Nota Kaki : Apa yang penting dalam berkerja dlm kumpulan, perlu lah saling bertolak ansur, kerjasama, saling percaya mempercayai dan yang penting masa dtg utk discussion tu bawak la makanan.. xde la kebulur nnt.. hahhaaa.. :)

Step by step in constructing a web site




Okey kawan2.. jom kite ambil tahu pasal langkah demi langkah dalam menghasilkan satu laman web.Terdapat 15 langkah dalam menghasilkan laman web yeaa.. Check it out!!!




1. Analyzing learner’s background
2. Collecting the contents
3. Validating the content- check for spelling, grammar errors.
4. Designing the website theme
5. Designing web typography
6. Designing the learning/ presentation strategy.
7. Designing the interface & navigation
8. Developing Graphic and Animation Files
9. Developing audio and video files
10. Website Development Process
11. Developing an interactive page such as guest book, forum etc.
12. Testing the website
13. Evaluate the website
14. Publishing the website through server
15. Maintaining the website.



Nota kaki : Selamat mencuba semua.. sile ikut step by step if nak dapatkan hasil yg sempurna n terbaek dlm mghasilkan laman web.. tp DON’T Forget yeaa.. ape-ape pon kite boleh BREAK the RULE.. hehehee.. chaiyok!!!!....