LAPORAN LAWAN WEB KAMI


::MAKLUMAT RINGKAS PROJEK LAMAN WEB ::

Nama Matapelajaran : WEB-BASED MULTIMEDIA DEVELOPMENT (MPT 1393) - 01
Tajuk Projek : PEMBANGUNAN LAMAN WEB LENSA DSLR BERTERASKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL)
Kursus : SARJANA TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Ahli Kumpulan :
1. SITI HAJAR BT MOHAMAD SAMSUDIN MP101149
2. NORIHAN BT HAMZAH MP101275
3. NUR LIDIANA EDYANTI BT MOHD ESA MP101278



PAPARAN ANTARAMUKA UTAMA



Mengandungi keterangan secara ringkas mengenai laman web yang dibangunkan. Daripada paparan utama ini, pengguna dapat membuat kesimpulan umum mengenai apa yang ingin disampaikan oleh pembangun laman web ini. Isi kandungan yang terkandung di dalam laman web ini telah dinyatakan dengan jelas agar pengguna dapat mempelajari kemahiran dalam menggunakan salah satu komponen DSLR dengan lebih mahir dan betul.



PAPARAN ANTARAMUKA TOPIK



Di dalam paparan halaman ini, pembangun telah menekankan aspek isi kandungan maklumat dengan lebih jelas dan mendalam mengenai lensa DSLR. Terdapat lima cabang menu yang dipaparkan disebelah kanan laman web ini iaitu pengenalan lensa, spesifikasi lensa, jarak fokus lensa, jenis-jenis lensa dan juga tips memilih lensa DSLR. Kesemua maklumat dan info yang terkandung di dalam laman web ini adalah tertumpu kepada kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Dengan menggunakan kaedah ini, para pengguna dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka mengenai lensa serta menambah baik pengetahuan mereka mengenai lensa DSLR ini. Kelima-lima bahagian menu yang dipaparkan disebelah kanan pengguna terkandung dengan pelbagai jenis aktiviti yang terdiri daripada multiple question and answer set, jigsaw puzzle set, fill in the blank, dan pilihan jawapan.



PAPARAN ANTARAMUKA GALERI


Halaman ini mengandungi beberapa jenis gambar yang tercantik yang diambil oleh kamera DSLR. Spesifikasi berkaitan dengan jarak fokus juga turut disertakan didalam setiap perincian setiap gambar ini. Terdapat dua halaman untuk bahagian spesifikasi ini. Pelbagai jenis situasi gambar yang cantik dan boleh dijadikan contoh untuk pengguna.



PAPARAN ANTARAMUKA MENGENAI KAMI


Halaman ini mengandungi kenyataan dan penerangan terperinci mengenai syarikat kami. Terdapat susur galur eksekutif syarikat yang turut dimuatkan bersama-sama dari CEO, CMO dan CFO . Paparan buletin semasa turut tersedia di dalam halaman yang sama yang diletakkan disebelah kanan paparan antaramuka ini.


PAPARAN ANTARAMUKA HUBUNGI KAMI


Di dalam paparan antaramuka ini, telah dimuatkan ruangan untuk pengguna menghantar respon dan juga komentar mengenai laman web yang telah dibangunkan. Turut dimuatkan peta lokasi untuk ke syarikat kami juga turut dimuatkan. Segala maklumat penting pembangun seperti nombor telefon, email, dan alamat turut disertakan bagi memudahkan para pengguna laman web ini dapat menghubungi kami untuk merujuk dan menyemak setiap keterangan dan maklumat yang telah diberi oleh kami melalui laman web ini.




PAPARAN ANTARAMUKA SOALAN - TOPIK (Hot Potato )
Contoh-contoh soalan iaitu berteraskan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)




Nota Kaki : Alhamdulillah.. semuanya telah berjaya di siapkan pada masa yang telah di tetapkan. Dan pembentangan projek juga berjalan Lancar. Terima kasih buat ahli kumpulan , rakan sekelas dan paling tak lupa buat Dr.Jamalludin atas segala tnjuk ajar dan mengajar dalam subjek ini.. tq again :)


0 Responses So Far:

Foot Print??? Thumb print???